April 23, 2012

23.4.12 - No comments

Sinopsis Pengajaran Maya

Pengajaran Maya merupakan salah satu daripada pengajaran yang menggunakan media elektronik iaitu internet dan berasaskan laman web. Pengajaran Maya merupakan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik. Ia mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. Sebagai guru, kita dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini. Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web mempunyai kesan yang berlainan berbanding pengajaran konvensional. Dengan ini, perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.


Pengajaran Maya juga dapat membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik. Pengajaran menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks tetapi termasuk juga audio dan video. Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampaian maklumat. Semestinya teknik ini berbeza dengan bahan pengajaran biasa yang guru gunakan seperti buku. Selain itu, Pengajaran Maya dapat memberi ruang dan peluang kepada guru dan murid untuk lebih mendalami ilmu internet. Maklumat berkenaan dapat disampaikan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja seseorang itu berada asalkan ada capaian internet walaupun terpisah oleh jarak yang jauh. Sejajar dengan ini, penyediaan Rancangan Pelajaran Harian(RPH) melalui pengajaran secara maya yang telah kami sediakan dalam blog yang telah kami reka ini merupakan satu kaedah pengajaran yang sesuai, berkesan dan mengikut arus peredaran zaman dalam sistem pendidikan melalui internet.

0 comments:

Post a Comment