April 24, 2012

24.4.12 - No comments

Pengenalan Pengajaran Dan Pembelajaran Maya

Perkembangan Teknologi Internet telah memberikan pengaruh terhadap dunia pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media elektronik iaitu internet terus berkembang dari masa ke semasa. Sejak kemunculan teknologi internet pada tahun 1993, ianya telah mengubah corak hidup komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Melalui Internet, maklumat dapat disampaikan secara maya merentasi sempadan geografi yang jauh. Maklumat berkenaan dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana saja seseorang itu berada. Penggunaan internet juga terus meningkat dari masa ke semasa di Malaysia.


Menurut Jamaludin (2000) pembelajaran maya adalah satu corak memperolehi ilmu atau pendidikan menggunakan sistem pendekatan penyampaian pengajaran bagi membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan melalui pengalaman yang tertentu yang diuruskan melalui suatu sistem talian (online) yang menguruskan pembelajaran, membekalkan makanisme penghantaran pengetahuan/maklumat, pemantauan prestasi pelajar, penilaian dan capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera. Secara umumnya, masyarakat perlu sedar betapa pentingnya internet selaku media pengajaran dan pembelajaran.

Ternyata pendidikam secara maya mempunyai banyak kepentingannya. Pendidikan ini memberi ruang dan peluang kepada individu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang. Langkah-langkah segera perlu diambil oleh kerajaan untuk memajukan sistem pendidikan maya. Kerjasama yang dibuat dengan IPTA, Universiti terbuka dan IPTS lain dikenal pasti sebagai langkah terbaik untuk merealisasikan impian tersebut . Apa yang kita harapkan agar di masa akan datang Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang bersistem pendidikan bertaraf dunia. Ini sejajar dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001 – 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran berasaskan pengetahuan. Rentetan dari peri pentingnya penggunaan internet, maka kumpulan kami akan mempersembahkan sebuah Rancangan Pelajaran Harian(RPH) melalui pengajaran secara maya.

0 comments:

Post a Comment