Rancangan Pelajaran
Kelas: Tahun 5
Masa: 0800-0900
Tarikh: 16 April 2012
Hasil Pembelajaran: 3.1 Aras 1(ii) /8.5 Aras 1(ii)
Objektif: Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat;
1. Menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan tersusun
2. Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat
Langkah – Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
1. Set Induksi ( 5 minit )
- murid ditayangkan beberapa contoh gambar aktiviti bersukan:
- guru bertanyakan kepada murid jenis-jenis sukan itu tadi(kontekstual).
- beberapa orang murid dipilih untuk memberi penjelasan mengapa kita perlu bersukan.
2. Langkah 2 ( 15 minit )
- murid diedarkan satu petikan iklan yang berkaitan dengan ’Larian Masyarakat Sihat 30 April 2012’.
- secara berkumpulan,murid meneliti iklan dan membincangkan iklan tersebut.
- murid dan guru bersoal jawab tentang iklan yang dipaparkan.
3. Langkah 3 ( 15 minit )
- murid melakonkan watak juruhebah radio dan dikehendaki menyampaikan maklumat yang terdapat dalam iklan dengan jelas dan tersusun(KP:Interpersonal).
4. Langkah 4 ( 20 minit )
- murid menulis maklumat iklan dalam bentuk perenggan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.
5. Penutup ( 5 minit )
- guru mengemukakan beberapa soalan kuiz yang berkaitan dengan penanda wacana.
- murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat akan diberi hadiah.
- guru dan murid membuat rumusan tentang pelajaran hari itu.
![](http://i1154.photobucket.com/albums/p537/pr67am/FiLE67/7C3804643A55617ACF0C0D6F4F4D4DDF.png)